Tahniah ! Barisan Kepimpinan JIM Negeri Johor.

Majlis Perwakilan Negeri telah berjaya dijalankan dengan sempurnanya semalam bertempat di Pejabat JIM Daerah Batu Pahat. Majlis telah dimulakan dengan ucapan dari Setiausaha Agung JIM, Tn Hj Nahar, yang memberikan kata kata perangsang kepada aktivis JIM agar menyemarakkan lagi dakwah di seluruh negeri Johor. Dalam ucapan YDP, Saudara YDP telah menghuraikan tugas dan peranan ahli JIM Negeri Johor dengan panjang lebar. Akhir sekali proses pemilihan telah diadakan. Kali ini memperlihatkan kebanyakan AJK JIM Negeri Johor telah di lantik semula, ditambah dengan muka-muka baru. Tahniah ! Selamat maju jaya.